Friday, 19 May 2017

SEKOLAHKU

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Nama saya Adam Ariff Bin Muhamad Johari dari kelas 5 Libra. saya akan menceritakan berkenaan dengan sekolah saya yang amat saya banggakan iaitu Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam, Sekolah Kluster Kecemerlangan. 

SEJARAH SEKOLAH:




Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003.
Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004. Sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Anis binti Iberahim. Berikut adalah senarai guru besar yang telah berkhidmat disekolah ini:-

SENARAI NAMA GURU BESAR

1. PN. NORMAH BT. OTHMAN (2002 -2004)
2. PN. HJH. FADZLON BT. SHEIKH AMIR (2004 - 2008)
3. PN. HJH FARIDAH BT. RAMLI (2008 -2012)
4. PN. SALMAH BT. ABD. RAHMAN (2012 - 2015)

5. PN ANIS BT IBERAHIM (2015 - hingga kini)


Kini sekolah ini telah beroperasi selama hampir 15 tahun . Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Kluster Kemerlangan kerana pencapaian murid-murid di dalam peperiksaan UPSR dan juga kejayaan sekolah di dalam pelbagai bidang samada di peringkat dalam atau luar negara. Terdapat kelas Pendidikan Khas dan kelas pra-sekolah di sekolah ini. Dahulu, operasi sekolah ini adalah hanyalah melibatkan satu sesi iaitu waktu pagi sahaja. Tetapi, mulai tahun 2015, sekolah ini telah menjalankan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi menempatkan pelajar pra sekolah, pelajar pendidikan khas dan pelajar-pelajar tahun dua, tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Manakala, pada sesi petang menempatkan pelajar tahun satu dan tahun tiga.

AKTIVITI SEKOLAH:

Gambar yang menunjukkan aktiviti mesyuarat agung PIBG

Pelbagai aktiviti sekolah dijalankan di sekolah saya, antaranya adalah seperti beikut:

  • Hari orientasi tahun satu dan pra sekolah
  • Mesyuarat Agung PIBG
  • Sambutan hari guru
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan bulan kemerdekaan
  • Sambutan Hari Raya
  • Sukan tahunan sekolah termasuklah sukaneka, merentas desa dan senamrobik.
  • dan lain-lain aktiviti


Gambar yang menunjukkan aktiviti Hari Guru


Terdapat pelbagai lagi aktiviti disekolah ini yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan murid-murid serta mewujudkan suasana keceriaan. Sekolah saya juga sering mengadakan aktiviti pertukaran pelajar dan menerima lawatan pelajar dari luar negara contohnya dari negara Korea. Ianya bertujuanuntuk mereka memahami budaya dan cara pembelanjaran di negara kita. Terdapat juga beberapa pelajar sekolah saya yang pergi ke negara luar bagi tujuan yang sama.


Gambar menunjukkan aktiviti pertukaran pelajar dari luar negara


KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN SEKOLAH:

Pelbagai kejayaan dan pencapaian telah diperolehi oleh sekolah saya iaitu terpilih untuk dianugerahkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7. Maka ianya menggalakkan kami untuk terus belajar dengan rajin bagi mengekalkan tahap pencapaian sekolah. Antara kejayaan dan pencapaian sekolah saya adalah seperti berikut:


  • Menganjurkan pertandingan rekorder diperingkat dalam dan luar negara.
  • Memenangi beberapa pertandingan rekorder.
  • Menganjurkan pertandingan Choral speaking dan choir diperingkat dalam dan luar negara
  • Memenangi beberapa pertandingan choir dalam dan luar negara.
  • Memenangi beberapa pertandingan yang lain yang disertai oleh sekolah seperti dalam bidang sukan, muzik, perbahasan, bahasa dan lain-lain.




Gambar menunjukkan kejayaan pasukan koir


Gambar menunjukkan poster pertandingan Rekorder Ensemble

Dengan kejayaan dan pencapaian sekolah saya ini, secara tidak langsung ianya telah meningkatkan nama sekolah sehingga dikenali ramai dan terus mengekalkan sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan. 

Inilah serba sedikit tentang sekolah saya. Saya bangga dengan sekolah saya. 😍

2 comments:

  1. Congratulation Adam!
    Your blog is a nice and creative blog
    From me:Darwisy Iman
    Bye

    ReplyDelete
  2. Tahniah Adam!
    Blog awak sangat menarik dan kreative
    Bukan awak saja yang bangga tapi saya juga bangga pada awak.
    Ikhlas daripada: M.Darwisy Iman
    Bye

    ReplyDelete

SEKOLAHKU

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Nama saya Adam Ariff Bin Muhamad Johari dari kelas 5 Libra. saya akan mencer...